Link Untuk Download Pengiraan Makanan Ikan

September 5, 2009

Seperti yang dijanjikan berikut merupakan link untuk download bagi kiraan makanan ikan keli secara SAMPLING – PERCUMA untuk PEMBACA laman BLOG.ratukeli.com. Ini bagi memudahkan penternak mengira makanan agar tidak terlebih dan terlampau kurang.

File dalam bentuk ms excel 2007

Sila download di sini http://www.ratukeli.com/download/Kiraan.zip (pastikan anda unzip dahulu setelah di SAVE)

Moga dapat membantu penternak sekalian…

KALKULATOR Pengiraan Makanan Ikan Keli Sehari

September 4, 2009

Banyak penternak yang masih kabur dengan berapa banyak makanan ikan keli perlu diberi makan setiap hari. Ini yang menyebabkan ikan keli KURANG MAKAN atau LEBIH MAKANAN.

Bagi memudahkan anda,kami akan upload KALKULATOR bagi mengira jumlah makanan yang perlu berdasarkan kaedah sampling. ANDA boleh download atau menggunakannya terus secara PERCUMA.

Link download boleh diperoleh di laman www.ratukeli.com atau di www.BLOG.ratukeli.com mulai 5 Sep 2009

P.s.
Be our affiliate and earn RM20 commission for every sales and get RM100 bonus for every 10 sales. JOINT NOW at www.ebook.ratukeli.com

BONUS RAYA RM100 untuk ANDA

August 28, 2009

Sempena Syawal yang bakal tiba,kami akan memberi RM100 sebagai Bonus Raya kepada Ahli Affiliate EBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli yang berjaya menjual setiap selang 10 buah ebook mulai 01-18 September 2009. Ini bermakna jika anda jual 20 ebook maka BONUS RAYA anda adalah RM200.

Disamping itu juga, komisyen jualan akan dinaikkan kepada RM20 bagi setiap jualan.

Jika anda berjaya menjual 10 ebook maka anda akan menerima RM200 komisyen (10xRM20) + Bonus Raya RM100 = RM300, jika dapat jual 30 ebook maka anda dapa RM600 komisyen + Bonus Raya RM300 = RM900

Bagi yang belum menyertai Affiliate Ebook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli,anda boleh mendaftar di www.ebook.ratukeli.com dan sila scrol ke bawah laman web dan klik JADI TEAM AFFILIATE KAMI.

'Hepi Selling' , 'Selamat berpuasa' & 'Selamat Hari Raya'

EM untuk cepatkan ikan membesar?! (Info dari lawatan kami)

August 25, 2009

Seperti yang dimakumkan sebelum ini,kami telah pergi melawat perniagaan/ternakan/usaha rakan baru kami dan perkara yang menjadi fokus adalah berkenaan EM.

Apabila bertemu kembali dengan beliau,kami dimaklumkan bahawa EM mereka (harga RM100+) mampu memulihkan air dan dinyatakan tidak MATI atau boleh hidup lama.
Meleset keinginan kami yang ingin melihat EM yang dapat membantu mempercepat pembesaran ikan,rupanya fungsi EM tersebut sama seperti yang kami miliki. Yang menarik hati kami cuma apabila diberitahu EM juga dapat diguna untuk membuat Moina (kami menunggu jemputan untuk belajar dengan mereka tentang ini). MOGA perkara ini benar dan jika benar maka mudahlah untuk kita semua membiak moina untuk makanan semulajadi ikan keli.

P.s. EM yang kami jual boleh didapati dengan harga RM10 (200 gram)

Ikan Keli LAMBAT Membesar?!!

August 23, 2009

Lambat membesar?? Acapkali perkara ini kami dengar dan apabila di soal selidik benda yang hampir sama dijawab…

Kebiasaan soalan kami adalah berkaitan dengan Jenis Makanan terutama kandungan protein,air hijau, air selepas grading
& kualiti air.

Rata-rata yang memelihara ikan yang ‘lambat membesar’ gemar membeli makanan jenis palet yg murah. Kebiasaannya,semakin murah palet maka semakin kurang kandungan Protein. Semakin rendah protein, semakin lambatlah ikan membesar. PALET MURAH selalunya jenis Finisher. Jenis ini kebiasaannya 18% kandungan protein. Ianya adalah lebih sesuai untuk ikan bersaiz 500 gram keatas dan tidak sesuai untuk ikan yang bersaiz 1-3 inci mahupun yang belum sampai berat 200 gram.

Kesilapan utama yang menyebabkan ikan lambat membesar adalah kerana faktor pemakanan ini. Penternak cuba untuk menjimatkan kos memberi makan yang akhirnya mengorbankan masa pembesaran.

Sebaiknya ikan diberi makan makanan berprotein tinggi. Jika masih bersaiz 1-3 inci berilah yang berprotein 40% keatas. Jika 4 inci keatas berilah makanan berprotein 32%. Ini kerana ikan yang masih kecil amat perlukan protein untuk membesar. Semakin cepat ikan membesar, maka semakin kurang kos penternakan secara amnya.

Perkara kedua adalah berkenaan air hijau. Air hijau membantu menghasilkan oksigen dalam air dan menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi seperti ZOOPLANKTON. Kandungan oksigen yang optima dan zooplankton yang banyak membantu pertumbuhan ikan dengan cepat. Tambahan pula air hijau dapat melindungi ikan dari terdedah dari pancaran terus cahaya matahari. Perlu diberi perhatian bahawa, setelah di grading pun,air hijau masih diperlukan dan dipastikan. JANGAN BIAR air yang tidak hijau diguna selepas grading. Ada dikalangan penternak membuang air hijau dan mengguna air paip setelah grading. Ini mengganggu pemakanan semulajadi ikan dan menyebabkan ikan kurang selera makan sehinggalah air kembali menjadi hijau.

Disamping itu, kualiti air turut memain peranan. Air yang punya pH yang terlampau tinggi dan rendah akan menyebabkan ikan kurang selera makan. Paras Ammonia yang tinggi dan suhu yang rendah pun mengakibatkan kesan yang sama. Jika perkara yang disebutkan berlaku sudah tentu ikan lambat membesar dan yang paling parah adalah berlakunya kematian.

Faktor diatas antara perkara yang boleh menyebabkan ikan keli lambat membesar selain kualiti anak benih ikan yang dibeli. Jika perkara diatas dapat diselesaikan dan dihindari khususnya soal peratus protein yang diberi dan air hijau, kebiasaannya ikan keli akan mencapai saiz 200-300 gram dalam tempoh 3 bulan sahaja.

p.s. SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL INI, pihak kami menawarkan harga istimewa untuk BAJA RATUKELI 20 KG di Sarawak, PreStarter 40% protein + Azomite (RM74), Starter 32% protein + Azomite (RM67). Di Semenanjung Malaysia,PreStarer (RM58),Starter (RM55)

Salam Ramadhan

August 21, 2009

Ramadhan telah tiba sekali lagi..Ada yang menanti nya dengan lapang hati dan ada yang berdebar hati..Bagi yang oportunis, ramadhan merupakan ruang untuk penambahan pendapatan.

Moga ramadhan memberikan sinar baru dan harapan yang lebih baik. Moga jua pendapatan melalui ternakan keli terus mengkat,stabil dan berterusan..

Selamat berpuasa dari kami di ratukeli.com

ps. jangan beri ikan makan berlebihan krn makanan berlebihan punca ammonia..formula kiraan makanan yang perlu diberi makan sehari, berat purata seekor x jumlah ikan x peratus makanan yang hendak diberi ikut berat badan (cth: 10 gram x 1000 ekor x 4%)

Awas Tentang Penggunaan "Malachite Green"

August 15, 2009
Semasa menghadiri Bengkel Pengurusan Makanan pada bulan lepas, kami dimaklumkan oleh salah seorang fasilitator bahawa kedengaran segelintir penternak ikan keli menggunapakai Melasit Hijau “Malachite Green”bagi tujuan ternakan ikan keli terutama bagi meningkatkan kepadatan ikan keli dalam tangki ternakan dan menjadikan tahan penyakit. Bahan kimia tersebut telah lama di “ban” kerana bahaya nya kepada kesihatan manusia terutama penyebab kepada Kanser..

Atas keperihatinan tersebut, disini kami paparkan sebahagian beberapa artikel berkenaan perkara tersebut. Untuk mencari sendiri artikel di internet anda boleh menaip “ban of melachite green” pada ruangan search
EU BAN LOOMS FOR OUR FARMED SALMON
From The London Evening Standard, 16th December 2002

The European Commission has said that if its inspectors continue to detect the carcinogenic substance in British salmon, it will take drastic action.
The threat comes after Government officials found that three per cent of farmed salmon contained residues of malachite green. The highly toxic chemical is used to protect salmon from fungal infections, but has been banned in Britain since June because it is both mutagenic and carcinogenic.
The Government says any residues found since June are not a breach of the law but are caused by salmon swimming in water which was polluted before the ban. However, both the EC and environmental groups argue that no residues should be found because the Government has been aware of the threat to health for up to a decade and was frequently warned that it was not authorised for use in Europe.
The British ban was only introduced after EC officials visited in April, and discovered malachite green in 20 per cent of farmed salmon.
Yesterday, the European Commission said Britain had “no time left” to sort out the problem.
If malachite green continued to be found in use, it would start infringement proceedings against Britain similar to those launched against the French when they refused to sell British beef.
A spokeswoman for David Byrne, the European Commissioner for Health and Consumer Protection, said they were tired of Britain failing to enforce the rules.
“Britain has no time left to sort this out,” the spokeswoman said. “This substance should not have been around in the first place. If it continues to be used we will be forced to ban the export of salmon and start proceedings to fine Britain.”
Environmental campaigners are furious that the Government allowed the health of consumers to be at risk. The US government banned malachite green in 1991 and the Department of Health is well aware of its dangers. But the cost of the chemical is 20 times less than other antifungal treatments, making it popular with many fish farmers.
Don Staniford, head of the Salmon Farm Protest Group (http://www.salmonfarmmonitor.org), believes consumers should avoid salmon products: “Shoppers should steer clear of cheap and nasty farmed salmon this Christmas,” he said.
“With it contaminated with malachite green and a cocktail of other cancer-causing chemicals, consumers would get more than they bargained for.”
Last night, the Food Standards Agency washed its hands of the issue.
However, the FSA has been concerned about the problem. An FSA statement in June read: Although we welcome the steps that have been taken we remain convinced this issue would have been sorted out much earlier if surveys had been carried out at a retail level and information provided so that consumers could see which products were likely to contain residues.”
Last night, Defra said that the residue of malachite green could be found in water up to five years after it had stopped being used: “Since the ban in June, we have had four samples out of 119 salmon samples test positive. This does not mean the farmers were using it as it could be in the water from before the ban. We will prosecute anyone found breaking the law.”

Source : http://www.kenbryski.com/farmed-cancer.html

…………………………………………………
Canadian group issues warning about fish imported from Vietnam09/Dec/2005 newstarget.comDec 12, 2005 – 8:03:00 AM

The Consumer Association of Canada is urging the Canadian Food Inspection Agency to ban the import of Vietnamese fish found to be tainted with Malachite green, a fungicide suspected of causing cancer.

Fish imported from Vietnam and used commonly in Asian dishes have tested positive for a banned form of fungicide.

Malachite green, which some tests have shown to cause cancer, created serious consumer concerns in Hong Kong last summer when it was found in fish imported from China.
The fungicide is banned in imported fish, with zero tolerance for any sign of the industrial dye, used regularly until the early 1990s in hatcheries to treat fungal and parasitic infections on fish eggs, fish and shellfish and as a general disinfectant.

The Consumer Association of Canada is calling for the Canadian Food Inspection Agency to ban the import of farmed fish immediately as a result of the test findings.

“We’re suggesting that until CFIA gets this sorted out in a way that will guarantee no MG gets into food sold here, that they ban it entirely,” said Bruce Cran, president of the association.

Exposure to malachite green leads to temporary or non-life-threatening health consequences, according to Health Canada, and the probability of serious adverse consequences is considered remote.
Nonetheless, CFIA has increased its monitoring of imported aquaculture products from Vietnam and China after a small sample showed nearly 50% contained malachite green.

CFIA began testing for the chemical in 2002, and since the end of September has tested all farmed fish from those countries.

“We take anything that is a potential health risk seriously,” said Stephen Stephen, the national manager of technical standards in the fish, seafood and production division of the agency.

Stephen said the agency would have put out an alert if Health Canada had informed the CFIA that MG poses a serious and immediate health risk.

Because the fish is sometimes sold frozen, Stephen said, the CFIA is attempting to contact suppliers and sellers to advise of the potential risk.

LAC/20051126/BCFISHOTT26/TPNational/Canada

Stok Anak Ikan Keli Telah Mencukupi

August 15, 2009

Alhamdulillah….

Stok untuk anak ikan keli telah mencukupi untuk permintaan semasa. InyaAllah akan diperhebatkan lagi agar dapat menampung permintaan daripada seluruh Sarawak.

Orderlah sekarang……….

Anak ikan keli :

1 inci : 10 sen
2 inci : 20 sen
3 inci : 30 sen

Hubungi pihak kami bagi tujuan penghantaran stok di luar kawasan Kuching/luar Sarawak

Effective Microbe (EM) Untuk Cepatkan Ikan BESAR ???

August 13, 2009
Cuaca yang agak panas dek kesan jerebu yang masih melanda amat memeritkan. Namun begitu, usaha ternakan ikan keli berterusan dan perlu diteruskan kerana permintaan terutamanya anak benih ikan melebihi kemampuan pihak kami.
Bukan setakat kerana permintaan yang melampau, tetapi juga kerana ruang ternakan anak ikan yang dulu memadai tetapi kini boleh dianggap tidak mencukupi bagi menghasilkan sejumlah permintaan yang melampau. Anak ikan yang kematian juga merupakan antara faktor penyebab bekalan berkurangan.
Hari ini juga, secara kebetulan, kami bertemu dengan seorang kenalan baru berbangsa cina yang kebetulan menunggu kedai mengail udang (dibawah pejabat kami) dibuka. Rupanya beliau amat berminat dalam aktiviti mengail terutamanya mengail udang. Sembang punya sembang, berbicara juga berkenaan dengan ternakan ikan keli.
Melalui perbualan kami, tersingkap satu perkara berkenaan EM. Kebiasaannya, kami menggunapakai EM sebagai wacana untuk menjimatkan kos penggunaan air kerana EM mampu mengelakkan air kolam dan ikan berbau hanyir. Melalui perbualan kami, barulah kami sedari bahawa EM boleh juga digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan anak ikan.
Kami bercadang untuk pergi ke kolam beliau dan melihat sendiri kaedah penggunaan EM yang beliau sebutkan agar dapat dikongsi bersama kepada pembaca di blog.Ratukeli.com Moga dengan adanya input baru ini dapat membantu kita dalam mempercepatkan masa ternakan dan mengurangkan jumlah kadar kematian ikan kepada paras paling minima.
Tunggu info daripada kami setelah melawat ke kawasan kolam tersebut pada hujung minggu ini..

Pembenihan Anak Ikan Keli

August 9, 2009

INDUSTRI TERNAKAN IKAN KELI terutama di Sarawak telah pergi ke satu fasa baru dimana permintaan untuk anak benih melampaui pengeluaran.

Ini didorong oleh minat dan kesedaran masyarakat berkenaan potensi daya maju serta pemasaran kendiri industri ini. Dari sudut negatif pula kekurangan anak benih disebabkan oleh kegagalan pembenihan disebabkan kekurangan ilmu dan kurangnya jumlah penternak yg mahir melakukan pembenihan sendiri.

Berdasarkan kesedaran bahawa anak benih amat sukar didapati dan harga anak benih yg kadangkala terlampau tinggi,maka Ainul Agrobased menawarkan Kursus Asas Pembenihan ikan keli selama 2 hari. KURSUS seterusnya diadakan pada 15-16 Ogos 2009. Kursus secara amali ini bakal menjadikan peserta kursus mampu melakukan sendiri setelah tamat kelak. Bagi yg berminat,anda bole mendaftarkan diri secara terus di http://www.daftar.ratukeli.com Hanya 10 peserta untuk setiap kursus.