Effective Microbe (EM) Untuk Cepatkan Ikan BESAR ???

Cuaca yang agak panas dek kesan jerebu yang masih melanda amat memeritkan. Namun begitu, usaha ternakan ikan keli berterusan dan perlu diteruskan kerana permintaan terutamanya anak benih ikan melebihi kemampuan pihak kami.
Bukan setakat kerana permintaan yang melampau, tetapi juga kerana ruang ternakan anak ikan yang dulu memadai tetapi kini boleh dianggap tidak mencukupi bagi menghasilkan sejumlah permintaan yang melampau. Anak ikan yang kematian juga merupakan antara faktor penyebab bekalan berkurangan.
Hari ini juga, secara kebetulan, kami bertemu dengan seorang kenalan baru berbangsa cina yang kebetulan menunggu kedai mengail udang (dibawah pejabat kami) dibuka. Rupanya beliau amat berminat dalam aktiviti mengail terutamanya mengail udang. Sembang punya sembang, berbicara juga berkenaan dengan ternakan ikan keli.
Melalui perbualan kami, tersingkap satu perkara berkenaan EM. Kebiasaannya, kami menggunapakai EM sebagai wacana untuk menjimatkan kos penggunaan air kerana EM mampu mengelakkan air kolam dan ikan berbau hanyir. Melalui perbualan kami, barulah kami sedari bahawa EM boleh juga digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan anak ikan.
Kami bercadang untuk pergi ke kolam beliau dan melihat sendiri kaedah penggunaan EM yang beliau sebutkan agar dapat dikongsi bersama kepada pembaca di blog.Ratukeli.com Moga dengan adanya input baru ini dapat membantu kita dalam mempercepatkan masa ternakan dan mengurangkan jumlah kadar kematian ikan kepada paras paling minima.
Tunggu info daripada kami setelah melawat ke kawasan kolam tersebut pada hujung minggu ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: