Lawatan Dan Khidmat Nasihat Kepada Peserta Kursus

Pengarah Urusan Memberikan Penerangan Kepada Encik Daniel Lim (paling kanan)
Disekitar kawasan kolam yang baru dibina

Kolam Yang Dibina Nampak Kukuh Dan Sesuai

Pandangan Hadapan Kolam

Pada 15 Februari 2009 (ahad), satu sesi lawatan dan khidmat nasihat dari Team RatuKeli ke Tapak Projek Ternakan Ikan Keli Encik Daniel Lim telah diadakan. Ini bagi membantu para peserta yang telah menghadiri kursus dan yang benar-benar mahu berjaya dalam usaha ternakan ikan keli mencapai kejayaan dengan bimbingan yang betul. Sesi lawatan dan Khidmat Nasihat “consultation” secara percuma ini diberikan kepada peserta kursus asas ternakan ikan keli yang telah dikendalikan oleh syarikat.
Kita begitu berbangga dan begitu takjub dengan kesungguhan Encik Daniel Lim untuk mengusahakan ternakan ikan keli. Walaupun telah menjangkau usia mencecah hampir 80-an, tapi masih giat berusaha dalam dunia pertanian. Ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat bahawa usia tidak menjadi penghalang untuk kita terus maju dalam kehidupan terutama dalam bidang pertanian/perternakan. Belia yang masih muda seharuusnya menjadikan ini sebagai penyuntik semangat untuk berusaha lebih tekun.

Encik Daniel Lim telah membina satu kolam simen besar dengan mempunyai 6 kolam kecil didalamnya. Walaupun, kolam telah direndam dengan air tetapi kami mensarankan agar kolam di cucikan lagi dengan Tanah dikeseluruhan kolam atau dicuci dengan cuka. Kemudian dibiarkan air selama seminggu beserta dengan batang pisang yang telah dibelah 2 sebagai penyrap bahan kima yang masih tinggal. Ini kerana, masih terasa kesan bahan kimia/simen didalam air tersebut. Setelah dicuci kelak, insyaAllah pelepasan benih anak ikan keli boleh dilakukan terus oleh Encik Daniel Lim. Syabas!!!!!buat En Daniel dan isteri…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: