Kursus Intensif Pembenihan Ikan Keli

Acapkali kita ditanya berkenaan dengan Kursus Intensif Pembenihan Ikan Keli yang akan kita adakan pada tahun 2009 ini. Buat masa sekarang, pihak kami sedang mengusahakan se-segera yang mungkin diadakan kursus tersebut agar para penternak yang bersungguh untuk membenih sendiri anak ikan dapat melakukannya dengan berjaya.
Buat masa sekarang stok induk-induk yang sesuai untuk membenihan dan bagi tujuan kursus sedang dalam proses pengawalseliaan dan ternakan. Apabila telah sedia digunapakai dan mencukupi bagi menampung keseluruhan peserta kursus barulah akan diadakan. Ini kerana setiap peserta kursus akan mengawal selia sendiri ikan masing-masing sehinggalah berjaya.
Bagi kursus intensif pembenihan anak ikan, ianya akan diadakan selama 3 – 5 hari. Ini kerana kita hendak mempastikan setiap peserta kursus benar-benar mahir dan mampu menjalankan pembenihan selepas kursus. Ianya dimulakan dengan Teori di Bilik Latihan Di Pejabat Urusan Di Matang dan kemudian dilaksanakan praktikal di Pusat Penternakan Ainul AgroBased Di Semerah Padi dari pelbagai kaedah pembenihan sehinggalah anak ikan telah menetas dan dikawalselia.
Jadual Kursus akan dimaklumkan melalui laman web ini www.ratukeli.com dan akan diadakan selang 3 bulan sekali bergantung kepada keperluan dan permintaan,insyaAllah..Nantikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: