Adakah Ikan Keli Banyak Makan?????

Kedengaran desas desus bahawa ikan keli banyak makan. Ini ditambah pula dengan kecenderongan pengusaha mahupun ahli keluarga memberi ikan keli makan dek kerana keseronokan melihat ikan makan. Kecenderongan memberi makan lebih membuak-buak apabila ada tetamu yang bertandang dan ingin melihat ikan yang dipelihara.
Adakah ikan keli banyak makan?????Dan perlu makan banyak???
Berdasarkan kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2% – 10% daripada berat badan (Ilmu ini boleh didapati dalam Buku Nota Kursus Asas Ternakan Ikan Keli)
Bagi mengenalpasti jumlah memberi ikan makan sehari, maka ikan perlu dikenalpasti berat puratanya se-ekor terlebih dahulu. Jika berat ikan purata hanya 10 gram (jumlah ternakan 1000 ekor) maka jumlah keseluruhan ikan mempunyai berat 10 kg (10 gram x 1000 ekor). Ini bermaksud jika anda mempunyai 1000 ekor ikan, maka, 10 kg x 2%= 0.2 kg sahaja yang perlu ikan makan dalam sehari. Kaedah memberi makan dilakukan sebanyak minima 2 kali. Ini bermaksud setiap kali memberi makan, ikan akan makan 0.1 kg pada waktu pagi dan 0.1 kg pada waktu petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: