Pembajaan Air Untuk Ternakan

Terdapat pelbagai kaedah pembajaan air untuk tujuan penternakan ikan keli. Yang paling utama adalah, pastikan air dibaja dahulu sebelum dimasukkan ikan keli.

Pengenalan pertama bagi mengetahui air telah siap sedia untuk dimasukkan anak benih ikan keli adalah AIR TELAH MENGHIJAU “AIR HIJAU”

Antara kaedah bagi pembajaan adalah dengan meletakkan bunga teratai/bunga-bunga yang membiak dalam tasik atau kekadang dalam longkang. Melalui cara ini, air memang akan cepat mengHIJAU tetapi AWAS, sila keluarkan semua bunga-bunga tersebut setelah air menjadi hijau. Ini bagi megelakkan kekurangan oksigen akibat bunga tersebut makin membiak dalam kolam tangki anda.

Selain daripada itu, ada dikalangan penternak menggunapakai Daun Ubi Kayu yang telah di “Blender” kemudian dicampurkan dengan Garam Kasar, Daun Kapal Terbang dan EM.

Malah pembajaan air boleh juga dilakukan hanya meletakkan ikan dalam beberapa hari dan kemudian air akan menjadi hijau (lebih kurang 3 hari)

Yang paling utama dalam pembajaan air adalah, air hendaklah didedahkan dibawah pancaran cahaya matahari. Ini bagi mempercepatkan akitiviti penghijuan air. Stokkan air yang anda telah baja. Ini bagi tujuan penukaran air terutama jika anda tidak menggunakan sistem kitaran air untuk tujuan penternakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: