Biar Ikan Keli Merasai Hidup…

Perjalanan sebagai penternak ikan keli adakalanya pelbagai liku dan drama…adakala wajah-wajah gembira tergambar terutama wajah ibu dan bapa apabila melihat ikan keli kian membesar dan boleh dipasarkan…memang wajah-wajah gembira ini sukar digambarkan dengan kata-kata..Kekadang adakalanya wajah berduka dan gelisah mereka terbayang bila ikan keli tercungap-cukap dipermukaan air dan ikan keli mulai longlai kelemasan didalam air…itulah lumrah usahawan, ada masanya gembira dan adakalanya kesedihan…
  • Ikan keli perlu merasai hidup ??? Ya, Ikan Keli perlu merasai hidup terutama sehingga mempunyai berat diantara 250 gram hingga 300 gram agar wajah-wajah gembira ibu dan bapa terus mekar..Biarkan ikan keli hidup..Biar ianya hidup dari saiz 1 inci sehingga beratnya 250 gram atau 300 gram..agar dapat dijual dipasaran.
  • Tip mempastikan anak ikan keli hidup :
  1. Pastikan anak ikan yang dibeli dalam keadaan sihat dan aktif
  2. Pastikan sebelum memindahkan ikan keli ketempat takungan baru, air takungan telah dirawat dan dibaja.
  3. Pastikan makanan ikan mempunyai protein yang mencukupi (disarankan protein 32% dan keatas)
  4. Pastikan makanan ikan tidak berlebihan dan menyebabkan ikan kelemasan dek amonia
  5. Pastikan air ikan diperiksa sentiasa dan ditukar mengikut kesesuaian
  6. Pastikan ikan di grading agar sama besar dan mengelakkan ikan makan ikan
  7. Jauhkan kawasan ternakan ikan dari kawasan yang tercemar terutama dengan bahan pembinaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: