Pengalaman Ternakan Ikan Keli Kacuk

dipetik dari : http://ms.shvoong.com

Assalamualaikum…. Disini merupakan pengalaman saya untuk anda semua yang ingin menceburkan diri atau ingin memahami tentang ikan keli kacuk…

1. Cara pembenihan ikan keli.

Terdapat dua cara yang saya telah buat bagi menghasilkan benih ikan keli kacuk yang cukup sihat dan berkualiti. Saya akan menerangkan cara tradisional. Bila kita sebut secara tradisional kita gambarkan ikan itu disenyawakan secara normal. Untuk mencari induk yang betul-betul sesuai adalah dengan cuba mengambil seekor ikan yang beratnya dalam lingkungan 500g hingga 600g sama ada jantan atau betina. Ikan keli kacuk tersebut hendaklah dibuat di dalam kolam tanah mengikut acuan semula jadi habitatnya. Kita tidak boleh mengganggu tempat tinggalnya. Kita hanya boleh memberi makan sahaja dan pergi. Di masa itu juga kita hendaklah meletakkan pelepah kelapa diatas permukaan kolam untuk tujuan apabila ianya bertelur telur ikan tersebut akan melekat pada pelepah tersebut. Kelebihan cara tradisional ini ialah induk dapat digunakan beberapa kali. Biasanya benih ikan akan dijual didalam lingkungan 1 inci hingga 2 inci dan harga bergantung kepada besar ikan tersebut.

2. Cara pembelaan Ikan keli.

Untuk pengetahuan sedara, saya telah menggunakan 2 kaedah tempat pembelaan. Pertama menggunakan kolah batu dan kedua kanvas. Untuk modal kolah batu yang saya buat adalah sekitar dalam RM 4000.00. bagi 7 kolah berukuran 8 x 14 x 3.Manakala untuk kanvas sahaja tidak termasuk tiang untuk menyokong kanvas sekitar RM 400.00 untuk satu kanvas berukuran 8 x 16. Pemakanan yang saya beri adalah menggunakan 2 sumber iaitu dedak dan ikan reject kerana kandungan protein yang tinggi. Ketika peringkat 2 minggu saya akan memberikan dedak. Selepas daripada itu saya akan memberikan makan ikan reject yang telah dikisar untuk pemakanan ikan keli tersebut. Kenapa saya memberi makanan tersebut? Boleh anda fikirkan… Sebenarnya saya telah membuat kajian tentang ini kerana kebanyakan orang suka memberi usus perut bangkai ayam yang mati direban dan lain2 lagi yang tidak dapat sedara fikirkan. Cuba anda membeli ikan keli dipasar-pasar dan buat kajian. Sekiranya pemakanan ikan keli tersebut daripada usus ayam, ikan yang digoreng akan lembik dan ‘ BENYEK ‘. Tetapi sekiranya ikan keli kacuk tersebut diberi ikan reject, ikan yang digoreng tidak akan benyek atau lembik dan rasanya lebih lazat. Pengalaman orang kampung tempat saya bela” Mula- mula dia beli sekilo katanya untuk percubaan… selang 2 hari datang lagi tapi kali ni beli 3 kg. Saya bertanya “wah !! banyak beli apa rasenyer… pembeli tadi terus menjwab ” Kalu digoreng boleh ‘GARING’ dan tak ada bau hanyir. Tak macam kalau beli kat pasar mesti lembik kalau digoreng. Dari situ sahaja kita dah dapat tangkap bahawa makanan juga memainkan peranan penting untuk membolehkan mendapat citarasa dihati pelanggan. Seperti manusia juga jika kita makan daripada sumber yang bersih maka akan mendapat kebaikan dan sebaliknya.

Sekian daripada saya…. untuk permulaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: