Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.

Dipetik daripada : http://usahawantani-kelantan.blogspot.com

Pertanian
Monday, March 12, 2007
Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.

Maaf diatas kelewatan menghantar maklumat mengenai kertas kerja seminar(Contoh KERTAS KERJA PROJEK IKAN KELI ada dimasukkan dalam ruangan download kertas kerja) dan info mengenai ikan keli. Berikut adalah beberapa note ringkas berkaitan ikan ternakan ikan keli kanvas.

Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahan projek ternakan ikan keli ini saya cadangan agar mengikuti kursus singkat (2 hari,hujung minggu) di Pusat Ternakan Ikan Air Tawar, Machang.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dapati. Terutamnya cara ingin menghasilkan anak ikan keli, buat makanan, binaan kanvas dll secara sendiri (sudah pasti ia dapat menjimatkan kos projek kan) dan secara tak langsung ia dapat meningkatkan margin keuntungan projek.

Harap note diatas dapat membantu kepada semua yang berminat dalam sektor perikanan.

* Utk melihat dengan lebih jelas, kena ‘double clik’ di gambar tersebut. TQ

Maklumat berkaitan Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Kandungan Omega 3 terdapat dalam ikan keli, biasanya minyak ini
hanya terdapat dalam ikan di laut dalam.

Di Kelantan ada satu syarikat buat sardin keli.
Kepada sesiapa yang hendak mengetahui tentang ternakan ikan keli ni boleh berhubung terus dengan satu syarikat ni .

PENDAPAT PERIBADI SAYA TTG PROJEK INI:

Salam,

Shbt2 peminat dan penternak ikan keli:

ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2;

ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:

1. kesesuai habitat keli – yg suka duk dalam lumpur.

– andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos… kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!

2. kos makanan yang tinggi,

– bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni – kec. gali telaga sendiri – tapi elektrin pula) setiap kali bagi mknn mcm diatas.

– kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan?

3. kos kanvas yang mahal – rm1200-1500 per unit— ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih mahal.

1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?
20 buah utk skala komersil biasanya.

20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.

last2 skali siapa yang untung agaknya??

penjual dedak
penjual benih ikan keli
penjual kanvas
penjual batang paip
penjual enjin air

shbt2 semua mcmn?

makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)

bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa?

mereka nak beli semua barang dgn harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi), sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2.

cadangan saya;

1. teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.

2. guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.

bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan ‘mesra rakyat’;

– bina 1 kolam yg boleh memuatkan 30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/2day. tambah rm500 lagi untuk jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM1,200 hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan maksimum 700 ekor shja? mana lebih jimat?

– kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan… semuanya adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg cukup2 murah.

– tiada kos untuk UTILITI – air, elektrik, mesin pam, tangki, dll.

– ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam – kitar semula hasil pertanian.

3. andaikata nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari… ikan keli sudah cukup besar dan makan BANYAK.

4. cuba lihat prospek jual anak keli – kosnya lagi murah dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya cuma 2cm. mcmn? menarik bukan?

5.kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia… dari

– buat Dedak – benih – kolam – pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta kepada pengguna.

barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.

harap dapat membantu sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk mengkritik mana2 pihak.

hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.

jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.

buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2… kerana anak2 anda sedang menanti ‘rezeki’ datang dari anda.

all the best! harap pandangan ini dapat membantu.

buatlah solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan, insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya🙂

syam ghaz.

Labels: Ikan Keli

posted by ShamGz _ Nimz at 5:18 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: