Ikan keli dalam tin di pasaran September

Oleh ZABRY MOHAMAD (dipetik dari Utusan Malaysia Online)
SUNGAI BESAR 3 Ogos – Ikan keli dalam tin yang pertama kali diusahakan secara komersial di Malaysia bakal berada di pasaran September ini.
Pengerusi Agrosynergy Resources, Mohd. Zaki Sungib berkata, beliau yakin produk tersebut mampu mendapat permintaan tinggi berdasarkan khasiat tinggi yang terdapat pada ikan keli.
“Ikan keli yang ditinkan seperti sardin ini merupakan pertama kali dikomersialkan di negara ini.
“Kita berjaya memperoleh hak paten untuk memasarkan produk berkenaan daripada kerajaan dua minggu lalu,” jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Produk usahasama oleh dua syarikat milik bumiputera, Agrosynergy Resources (M) Sdn. Bhd. dan Besut Manufacturing (M) Sdn. Bhd. itu menyediakan tiga perisa iaitu kari, kerutuk dan tomato dengan anggaran harga RM2 bagi tin seberat 250 gram (gm) dan RM5 untuk 425 gm.
Sebagai permulaan, beliau menetapkan sasaran jualan sebanyak 20,000 hingga 30,000 tin sehari kepada agensi-agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan pusat serenti.
Mohd. Zaki berkata, projek tersebut bermula sejak dua tahun lalu berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan pihaknya selaku syarikat induk.
Tambahnya, menerusi program penternakan ikan keli dalam kanvas yang dijalankan di beberapa lokasi di Selangor dan Perak, Agrosynergy Resources membekalkannya kepada kilang milik Besut Manufacturing di Terengganu untuk menghasilkan pengeluaran.
Beliau memberitahu, berbeza dengan sistem pembelaan dalam kanvas, ikan keli yang diternak di dalam kolam mudah hancur selepas dua minggu ditinkan.
“Selain itu, paling penting ikan keli tidak hanyir seperti ikan-ikan jenis lain,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: